Isnin, Mac 22, 2010

Kehidupan Suatu Persahabatan

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita,

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan kawan sebagai kekuatan,
Jadilah kawannya itu.


Kita selalu melihat dia ketawa,
Tapi mungkin dia tidak setabah yang kita sangka,
Di sebalik senyumannya itu,
Mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Di sebalik ketenangannya,
Mungkin tersimpan seribu kekalutan,
Kita tidak tahu.....tetapi jika kita cuba,
Jadilah kita sahabat seperti dia.


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain pasti akan terbuka,
Tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibuka untuk kita.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan lalu yang telah dilupakan,
Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Kebahagiaan seorang manusia itu tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik,
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam perjalanan hidup mereka,
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
Mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan
Mereka yang telah mencuba,
Hanya mereka,
Yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun,
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya,
Dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ ia ” datang.




Memberi seluruh kasih sayang kita bukanlah satu kepastian yang dia akan menyayangi kita kembali,
Jangan harapkan kasih sayang sebagai balasan,
Nantikan saja ia untuk mekar di dalam hati dia,
Tapi sekiranya ia tidak,
Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita,
Perasaan itu Cuma mengambil masa 1 minit untuk jatuh hati pada seseorang,
1 jam untuk menyukai seseorang,
1 hari untuk menyayangi seseorang,
Tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan