Ahad, Mac 23, 2014

Peringatan Buat diri Ini.....

1. Jangan membenci seseorang walaupun dia membuat salah pada kamu.
2. Jangan berkeluh-kesah dan bergundah-gulana sebaliknya perbanyakkan berdoa pada Allah SWT
3. Hiduplah dengan bersederhana sekalipun kamu mempunyai kedudukan yang tinggi dan berharta.
4. Hendaklah sentiasa berfikiran positif walau sentiasa ditimpa ujian daripada Allah SWT dan hendaklah bersangka baik kepada Allah SWT.
5. Banyakkan memberi atau bersedekah sekalipun kamu terhalang daripada menerima pemberian (iaitu walau orang tak bagi kat kita)
6. Sentiasalah senyum sekalipun hatimu terluka.
7. Jangan putus berdoa untuk kebaikan saudaramu tanpa pengetahuannya.

Misteri dan Penindasan......

Assalamualaikum dah selamat tgh malam...
Di malam yg hening bersaksikan filem paranormal activity 2 kat tv3 ni aq terasa sgt lama x menulis di sini...
So, skrg aq just terasa nak berkongsi sesuatu yg BESAR dlm hidup aq...
Dalam orang sume sdg menantikan berita tentang MH370 yg mana masuk hari ke 16 dah dlm misi pencarian pesawat tersebut...satu dunia berduka cita dgn kehilangan ini termasuklah diri ini...
Kalau nak ckp pasal MH370 mmg byk pandgn dan pendapat serta spekulasi yg dikeluarkan...namun blog ni belum setaraf itu untuk berkongsi...
Ok la, sama2 kita doakan yg terbaik untuk MH370 kerana berserah pada ALLAH SWT adalah yg paling penting....

Berbalik kepada sesuatu yg besar dlm hidup aq...
Ni aq nak kongsikan sikit kisah yg x de kene mengena pun dgn kehilangan pesawat kecuali masa yg kebetulan sama...tu je...huhuhu

Ok, kisahnya bermula dengan A1 dan A2 apabila sesuatu keadaan yg membuatkan masing2 diam seribu bahasa....setelah mendapatkan sumber yg ada manfaatnya, dapat disimpulkan yg hidup ini x selalunya indah...

1. A2 dikatakan asyik meminta A1 untuk membeli makanan setiap kali A1 keluar makan bersama-sama rakannya yg lain di luar. Bende2 remeh mcm beli air kat kafe pun A2 minta tolong A1 belikan....

Pencerahan: A2 mengakui mmg meminta A1 untuk membelikan makanan tetapi bukan lah setiap kali keluar, tetapi A2 selalu bertanya makan mana. Dalam masa yang sama A2 bukan suka2 nak mintak tolong, tapi memandangkan A1 kat luar, apasalahnya tolong belikan....A2 x penah pun paksa A1 suh belikan pun, lagi mmg waktu tu kafe sebulan x bukak so mmg susah nak dpt makan tempat lain..kebanyaknnya mmg A2 mintak tlg waktu hujung minggu memandangkan tiada siapa lagi yg A2 rase boleh tlg A2...Namun harapan yg menggunug pada A1 hancur berkecai bile diketahui bahawa dia sendiri yg menyampah dgn ape yg di pinta A2...bahkan satu mesej pun x dibalasnya utk memberi tahu die boleh tlg ataw tidak...akhirnya byk A1 x tolong pun daripada pertolongan yg dipinta A2...

Pertanyaan: Adakah setiap pertolongan yg dipinta harus dibalas dgn pertolongan yg sama juga baru boleh minta pertolongan seterusnya? di manakah nilai sebuah persahabatn yg sepatutnya sahabat yg senang membantu sahabat yg dlm kesusahan? Adakah wajar membiarkan sesuatu pertolongan yg dipinta menjadi tanda tanya sehingga ke akhirnya?

2. A1 berasa marah walaupun die still x tahu nak keluar makan di mana dan dipertikaikan oleh A2 tentang tak mungkin tiada plan ke mana...

Pencerahan: A2 memng pertikaikan kerana pengalaman sebelum ni yg membuatkan kejadian terjadi....sebelumm tu A2 pernah minta tolong juga namun x di beritahu sehingga A2 telefon dan juga x berangkat....namun akhirnya nothing happen as usual..so time tu A1 mmg dah marah gile tu la die x tolong...

Pertanyaan: Sekiranya mmg x suka nak tolong pun kenapa memberi alasan yg lain tetapi tidak kepada apa yg dipinta? Adakah permintaan A2 itu sangat sulit untuk dilakukan padahal A1 still bungkus makanan pada waktu itu? dan mengapa membiarkan sesuatu pertolongan yg dipinta menjadi tanda tanya sehingga ke akhirnya?

3. Tentang offer mengoffer untuk kirim mingirim

Pencerahan: Sepatutnya bukanlah satu hal yg besar dan x patut di pertikaikan pun....A1 x de la pulak offer dekat A2 utuk kirim, so kenapa A2 kene offer pulak? ape significantnya? Bab kirim mengirim ni sebenarnya satu perbuatan yg tak tak seharusnya salah untuk dipinta bahkan mendapat pahala lagi kalau org yg dikirim itu menolong permintaan pengirim....kalau nak kata hari2 A2 minta tlg, xde la pulak....

Pertanyaan: Sekiranya niatnya A1 ikhlas, adakah sebuah pertolongan yg dipinta itu menjadi perkara yg diungkit2? Adakah A1 tahu berapa kali sakitnya hati A1 dengan permintaan yg tak dilayan A2, sebanyak itu jugalah kekecewaan yg ditanggung A2?

4. Dalam masa yg sama, A2 x tahu langsung tentang spekulasi yg melanda dirinya...tanpa disedari kebanyakkan rakan2 A1 juga telah marah terhadap A2 walaupun A2 x melakukan apa2 pun pada mereka..adakah apa yg berlaku antara A1 dan A2 menyusahkan rakan2 yg lain yg tiba2 terus cenderung terhadap A1 dan mengiyakan nya serta menganggap kesalahan semua terletak pada A2...Kunci utama yg sepatutnya wujud adalah KEJUJURAN....1) sekiranya jujur telah lama wujud, semestinya komunikasi xkan tergantung dan toleransi akan tercetus selepas itu...kalau x boleh, berterus teranglah, bukan membuat sebuah pihak tertanya2...tanya kenapa dan mengapa, bukan hanya berdiam diri...mungkin merasa nak jage hati pihak yg lagi satu dgn tidak menolak tapi lama kelamaan akan mengeruhkan keadaan sehingga ke tahap sekarang...2) sekiranya jujur, x mungkin akan menarik pihak lain sekali untuk berasa tidak puas hati terhadap pihak yg lagi satu...kenapa perlu melibatkan pihak lain sekali dlm hal2 kecil sebegini? adakah perkara ini terlalu membebankan sehingga perlu menceritakan pada orang lain dalam bentuk yg membuatkan A2 buruk di mata orang lain?

5. Untuk pengetahuan A1, dari sudut luahan A2, sebenarnya keadaan yg membuatkan masing2 diam seribu bahasa seperti yg dinyatakan sebelum ini memang bersangkut paut dengan hal yg diperbesarkan oleh A1 dan rakan2....tetapi the main story is not about kiriman yg x di tolong, tetapi it is about pertolongan yg di pinta tetapi x tahu samada di layan tetapi di tolak atau tidak dilayan....tetapi punca utama dari kebisuan itu adalah tentang perjanjian.....perjanjian.....perjanjian....dan penghargaan....masih igtkah bahawa A1 pernah berjanji tentang gunting rambut? igtkah? 1) sebelum tu dah ada perjanjian yg di buat antara A1 dan A2 dan dipersetujui..namun dari minggu ke minggu A2 mengingatkan dan menanti bila kah akan tiba masanya....JUJURlah sekiranya x nak, tapi A1 terus membiarkan A2 menanti sehingga ke hari ini....A2 setiap minggu tertanya2 mengapa bayknya masa yg A1 boleh hbiskan untuk buat bende lain even bermesej utk prank kawan2 skalipun, namun perjanjian yg dah lama di buat langsung x boleh nak buat or even think of it....A2 setiap hujung minggu mengigtkan namun tiada satu pun yg diendahkan, adakah itu satu penghargaan untuk A2 yg setia memnanti hari yg x kunjung tiba? tapi A2 x penah cite kat org lain pun pasal hal ni sebb A2 percaya A1 xkan kecewakannya...namun harapan tinggal kenangan... 2) A2 sentiasa terfikir adakah ape yg dijanjikan ini hanya mainan semata2 ataupun JUJUR? mengapa dia punya masa yg byk untuk rakan2 yg lain tetapi x punya masa untuk tunaikan janji dia pada A2? adakah A2 ni hanya insan yg tidak digelar rakan macm yg lain? adakah A2 hanya tempat apabila dia kesunyian, takde org nak dgr cerita dia or bile nk kan perkhidmatan mengurut baru nak cari? hinakah diri ini sehingga diperlakukan sebegitu?

6. Memang sehingga ke hari ini, A1 mmg x penah ambik tahu or nak tahu tentang semua ni...baginya semua ini menyerabutkan kepala....namun ape A2 mampu buat cuma hanya berserah supaya dibukakan dan dilembutkan hati A1 untuk memahami dan menyelesaikan perkara ini...walaubagaimanapun  A2 teramat lah kecewa kerana sikap A1 yg telah menimbulkan spekulasi terhadap A2....dalam dia sedar ataupun tidak, dia telah menghancurkan kepercayaan A2 selama ini....A2 memang bukan seorang sahabat yg bagus untuk A1, sebab tu byk2 post di fb yg A2 share untuk mengigtkan diri ini....namun semua itu disalah tafsir oleh A1 dan rakan2 nya bahawa A2 belagak menjadi kawan yg baik dan melabel rakan2 yg lain hanyalah plastik....tetapi A2 x kisah lah ape pun pandangan mereka kerana mereka x tahu hujung pangkal cerita dan mungkin sbb mereka lebih rapat dgn A1 sehingga mereka lebih cenderung terhadap A1...so, tiada apa lagi yg boleh dilakukan A2 selain istighfar dan bersabar byk2 semoga diberi kekuatan....A2 hanya berserah pada ALLAH SWT utk menentukan segalanya....sekiranya perkara diam seribu bahasa itu berulang, maafkan lah A2 kerana A2 tidak mampu menahan kesedihan ini......

So, inilah sedikit perkongsian...maafkan lah saya kerana menulis bait2 blog ini dalam keadaan dukacita dan kesedihan....mungkin suatu hari nnt pasti ada jalan keluarnya...INSHA-ALLAH...doakanlah semoga persahabatan A1 dan A2 berkekalan ke akhirnya...sekian